VIDEO!! Isteri Curang ‘Melekat’ Bersama Kekasih Dibawa Berarak !!




Seorang wanita yang dipercayai sudah berkahwin dan kekasih gelapnya, berdepan detik-detik memalukan apabila terpaksa dibawa berarak di tempat umum menuju ke hospital selepas mereka berdua ‘melekat’ bersama akibat mengadakan hubungan seks.
Satu rakaman video menunjukkan pasangan tersebut yang masih melekat, diusung menggunakan pengusung beroda.
Rakaman itu yang diambil di lokasi yang tidak dapat dipastikan di Kenya, menunjukkan wanita terbabit menutup wajahnya menggunakan cadar katil manakala kekasihnya hanya memerhatikan keadaan sekeliling.
Menurut laporan Mail Online, pasangan itu dipercayai mengadakan hubungan sulit di sebuah hotel dinamakan sebagai Explor-Inn, dan mereka tidak boleh ‘dipisahkan’ selepas mengadakan hubungan seks.
Pihak pengurusan hotel menyedari kejadian itu apabila wanita berkenaan menjerit kesakitan secara tiba-tiba dan staf hotel tersebut terpaksa membawa mereka berdua ke pusat perubatan menggunakan laluan umum.
Kejadian itu disedari oleh ramai orang yang kemudiannya merakamkan detik-detik memalukan tersebut.
Media Kenya melaporkan bahawa suami wanita tersebut menggunakan sejenis cecair yang direka khas untuk menangkap isteri yang berlaku curang.
Nasib pasangan kekasih itu tidak diketahui dan identiti mereka juga tidak didedahkan.Read more at http://www.mstar.com.my
0 Komentar untuk "VIDEO!! Isteri Curang ‘Melekat’ Bersama Kekasih Dibawa Berarak !!"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info