Jihan Muse Beri Penjelasan Selepas Instagram Miliknya Dipenuhi Video Lucah




Beberapa bulan lalu industri hiburan tempatan kecoh apabila akaun sosial media mereka digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ramai yang telah menjadi mangsa, terbaru Instagram Jihan Muse pula menjadi korban apabila beliau telah kehilangan sehingga 1 juta pengikutnya.

Menurut Jihan, beliau hanya menyedari akaunnya digodam pagi tadi setelah semua gambar dan pengikutnya yang sudah mencecah 1 juta telah hilang sekelip mata.

Malah akaunnya juga turut dicemari dengan video-video lucah yang ditinggalkan oleh individu terbabit.

Jelasnya lagi, sebelum ini beliau mendapat emel yang meminta untuk mengesahkan akaun Instagramnya bagi mendapat bluetick.

Kononnya ingin menyelamatkan akaun media sosialnya dan Jihan mematuhi arahan terbabit dan secara tiba-tiba semua gambar dan pengikutnya hilang.

Nampaknya semakin menjadi-jadi gejala menggodam akaun media sosial selebriti ini.


0 Komentar untuk "Jihan Muse Beri Penjelasan Selepas Instagram Miliknya Dipenuhi Video Lucah"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info