Gadis Ini Menikah Dengan Lelaki Miskin, Namun Apa Yang Diberikan Lelaki Ini Membuatnya Menangis
Bapa Durjana! Rakam Dan Rogol Anak Sendiri Ketika Tinggal Berseorangan Di Rumah
Video: Selamba Campak Air Mani Di Pasar Raya
Ragam Gadis-Gadis Cantik Di China Pasti Anda Rasa Pelik
Video Asusila Siswi Berpakaian Pramuka Hebohkan Media Sosial
Gadis Ini Menikah Dengan Lelaki Miskin, Namun Apa Yang Diberikan Lelaki Ini Membuatnya Menangis
10 Tanda-tanda wanita yang memiliki nafsu yang terlampau tinggi
Pelajar Tingkatan Tiga Di Cabul Bergilir-Gilir Rakan Whatsapp
BANGGA KER?? Remaja Bangga Kongsi Gambar Diraba Teman Lelaki
Mangsa, Cassidy Trevan terpaksa meninggalkan persekolahannya selepas dia menjadi mangsa buli sekumpulan remaja perempuan. Ibunya, Linda, berkata, sekumpulan remaja terbabit telah menampar muka anaknya dan kerap menjadikan Cassidy sebagai mangsa buli di media sosial.
Dua minggu selepas kejadian itu, Cassidy kemudian kembali ke sekolah di mana dia telah bertemu sekumpulan remaja terbabit yang meminta maaf di atas perbuatan mereka sebelum itu. Malah mereka mahu Cassidy menjadi rakan mereka dan menjemputnya ke sebuah festival. Tetapi sebenarnya Cassidy telah dibawa ke sebuah rumah berdekatan di mana mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh dua remaja lelaki.
Dalam luahan yang ditulis oleh ibunya di Facebook menyatakan, dia menghabiskan masa selama dua tahun untuk menjaga dan memastikan Cassidy terus hidup.
"Saya terpaksa melihat anak saya menderita selama dua tahun akibat perbuatan mereka. Dia bimbang mereka akan mencari dan mendapatkannya lagi. Dia banyak mengalami mimpi buruk, insomnia, panik, masalah mental dan beberapa lagi masalah yang lain," katanya.
Selepas kejadian itu, Cassidy berpindah ke sekolah lain agar kejadian buli seperti itu tidak berulang lagi. Namun dia masih menjadi mangsa buli di media sosial.
"Saya terpaksa mendapatkan perintah campur tangan selepas anak saya diserang oleh pembuli berkenaan. Malah selepas kejadian rogol itu, dia telah menghubungi saya untuk bercakap dengan Cass." katanya lagi.
Dalam tempoh dua tahun itu, Cassidy dan ibunya telah bertemu dengan pegawai detektif. Namun Cassidy tidak pernah membuat kenyataan rasmi berhubung kejadian itu kerana takut akan akibat dan beranggapan pihak berkuasa tidak akan mampu menggenakan sebarang dakwaan.
Selepas menanggung derita itu selama dua tahun, Cassidy mengambil keputusan untuk membunuh diri pada 12 Disember 2015.
"Apa yang anda (pembuli) lakukan pada dia adalah penyebab dia membunuh diri pada 12 Disember 2015. Saya tahu siapa awak, awak tahu siapa diri awak dan polis juga tahu siapa awak. Saya berharap perkara ini akan menghantui diri awak sepanjang hayat dan satu hari nanti jika awak mempunyai zuriat, ingatlah apa yang awak telah lakukan kepada satu-satunya anak saya. Dan bayangkan apa yang awak rasa bila ada seseorang yang memperlakukan anak awak seperti itu.
0 Komentar untuk "'Anak saya dibuli, dirogol bergilir-gilir sehingga menderita & akhirnya membunuh diri'"