RAKAM AKSI TENGAH MANDI SABUN, RAKAN SERUMAH KURANG AJAR


*****#KUALA LUMPUR 16 Jun – Seorang student perempuan sebuah kolej swasta di ibu negara tidak me­yangka aksinya sedang mandi di dalam bilik air dirakam rakan serumahnya di Tamn Bunga Raya , Setapak, di sini sejak dua bulan la-lu.

#Mangsa berusia 20 tahun ha­nya menyedari kejadian berkenaan keteka beliau sedang mandi dan bersiap untuk ke kolej pada pagi , 7 Jun lalu.

#Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, -Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata , mang­sa dikatakan menyewa Ramai ramai bersama suspek di sebuah rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi 12 bilik itu....

#Menurut beliau , tingkat bawah rumah berkenaan mempunyai tiga bilik manakala tingkat atas pula sembilan bilik selain mempunyai tandas di setiap tingkat.....

#“Memandangkan bilik air di tingkat bawah rumah tersebut te­lah rosak mangsa terpaksa mandi sabun di tingkat atas .

#“Suspek yang menyedari mang­sa sering mandi sabun di tingkat atas bertindak merakam ak-si mandi sabun pelajar perempuan menggunakan telefon bimbit ,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju di sini hari ini..

#Dalam majlis tersebut , Deputi Superintenden Mohd Salahuddin Che Ali dilantik sebagai Timb Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu berkuat kuasa hari ini.....

#Beliau mengambil alih tugas Pemangku Superintenden A. Asmadi Abdul Aziz yang berpindah ke Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.....

#Mengulas lanjut , Mohamad Roy Suhaimi mem-beritahu, mang­sa bertanyakan perkara terbabit kepada lelaki berkenaan selepas menyedari aksi mandinya dirakam.....

#Berikutan itu , mangsa meram­pas telefon bimbit dan mene­mukan pemacu cakera yang me­nyimpan 12 koleksi rakaman video melibatkan tiga mangsa lain di rumah tersebut.....

#“Tiga dari-pada mangsa tersebut sete­rusnya membuat laporan polis kira-kira jam 9.45 pagi dan pada masa sama suspek melarikan diri ....

#“Kita masih memburu lelaki berusia 20 tahun berkenaan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan ,” katanya....

#Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu, Woo Yeong Jian dengan alamat terakhir di Sungai Buloh, boleh tampil di mana-mana balai berdekatan bagi menyalurkan maklumat.....

0 Komentar untuk "RAKAM AKSI TENGAH MANDI SABUN, RAKAN SERUMAH KURANG AJAR"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info