Wanita Dakwa Rumah Baharu ‘Dihuni’ Makhluk Halus (1 Video+Gambar)

MENYERAMKAN apabila rumah yang baru sebulan didiami bersama-sama keluarga turut disertai ‘penghuni’ lain.

Kejadian aneh ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Cahaya Chenta yang dimuat naik di laman Facebook Pencari Entiti Crew – PEC iaitu sebuah kumpulan penyiasat paranormal tempatan.
Menurut Cahaya Chenta, dia dan keluarga terpaksa berdepan detik menyeramkan setiap hari apabila sering diganggu makhluk halus selepas berpindah ke rumah baharu yang terletak di Sungai Chua, Kajang, Selangor.
Beberapa kejadian pelik menimpa mereka sekeluarga, antaranya terdengar bunyi ‘orang’ berjalan menaiki tangga, selain barang permainan anaknya yang telah rosak secara tiba-tiba berbunyi.

Anaknya juga sering mengadu melihat ‘wajah buruk’, namun dia enggan mempercayai perkara tersebut sehinggalah pengasuh anaknya berjaya merakam entiti berkenaan yang kelihatan berada di tangga.
“Pengasuh hantar gambar dan kami buat bacaan Al-Quran dan Ayat Ruqyah. Betul-betul mengacau kat dapur, main mainan anak-anak. Tekan-tekan tukar lagu. Saya tak puas hati, ambil mainan itu, rupanya mainan itu sudah rosak,” tulis Cahaya Chenta menerusi screen shot komen yang dikongsi Pencari Entiti Crew – P.E.C pada 10 September, lalu.
Netizen turut mencadangkan Cahaya Chenta untuk mendapatkan pengamal perubatan Islam yang berpengalaman untuk mengusir makhluk halus itu. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Wanita Dakwa Rumah Baharu ‘Dihuni’ Makhluk Halus (1 Video+Gambar)"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info