SEORANG POLIS DIJULANG HEROISM KERANA BERJAYA SAMBUT ORANG TERJUN DARI BANGUNAN (1 GAMBAR+1 VIDEO)

CHINA – Seorang anggota polis dijulang sebagai wira selepas berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun bangunan dengan menjadikan badannya sebagai penahan.
Anggota polis itu, Liang Xiao bergegas untuk menangkap lelaki itu yang terjun dari tingkat empat sebuah bangunan selepas cubaan mereka memujuk lelaki tersebut tidak berjaya.
Ketika pihak berkuasa cuba menyusun kusyen menyelamat di bawah bangunan berkenaan, lelaki itu tiba-tiba melompat.
Liang kemudiannya berjaya menampan badannya menyebabkan lelaki yang dipercayai mengambil dadah itu terjatuh di atasnya.
Kedua-dua mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital dan Liang mengalami patah kaki, bengkak di bahagian muka dan lebam.
Sementara keadaan lelaki yang terjun itu tidak diketahui meskipun dia tidak terkorban.

0 Komentar untuk "SEORANG POLIS DIJULANG HEROISM KERANA BERJAYA SAMBUT ORANG TERJUN DARI BANGUNAN (1 GAMBAR+1 VIDEO)"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info