GRAFIK PORNO BAWAH UMUR YANG PALING POPULAR DI INDUSTRI SEKARANG DENGAN NILAI 3 BILION DOLLAR SETAHUN !!!


Kes melibatkan jenayah pedofilia sememangnya layak menjadi tajuk utama akhbar.

“Seorang ahli komuniti yang dihormati telah ditahan hari ini selepas didapati bersalah memiliki ratusan gambar pornografi kanak-kanak di dalam komputernya,” lapor perenggan pertamanya.

Berita itu menggemparkan masyarakat dan identiti individu terbabit akan disiarkan, sebelum dia seterusnya digantung kerja sementara menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa keatasnya.

Lazimnya, berita terkini mengenai kes tersebut akan menyusul dan ‘diputarkan’ berulang-ulang oleh media sehinggalah ia tenggelam sendiri bersama cerita-cerita picisan yang menjadi santapan kita sehari-harian.

Sudah tentu lensa difokuskan pada pelaku jenayah tersebut.

Namun, bagaimana pula dengan nasib kanak-kanak yang menjadi objek pemuas nafsu di dalam koleksi gambar dan video jijik penjenayah itu?

Dalam keadaan bagaimanakan kanak-kanak ini didedahkan sehingga mereka digunakan untuk bahan pornografi?

Siapa yang tergamak memperlakukan mereka sebegini?


Bagaimana gambar-gambar itu diedarkan? Siapa yang sanggup tampil untuk membela nasib mereka? Demikian merupakan beberapa soalan yang bermain di fikiran kita, dan segalanya bakal terjawab di dalam perenggan seterusnya.

Definisi ‘Pornografi Kanak-Kanak’


Menurut laporan daripada pusat penyelidikan Crime Against Children, pornografi kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai visual berunsur perlakuan seksual seperti hubungan seks, beastiality (seks dengan haiwan) dan masturbasi, selain daripada pendedahan bahagian sulit bagi tujuan merangsang nafsu seks. Memiliki pornografi kanak-kanak merupakan satu jenayah di bawah undang-undang persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat. Undang-undang persekutuan memaktubkan jenayah pemilikan pornografi kanak-kanak merujuk kepada bahan lucah yang melibatkan ‘kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah’.

Siapa yang mengedarkan imej-imej lucah ini?


Laporan ini turut menunjukkan statistik yang mengejutkan, di mana pengguna peer to peer (antara rakan sebaya) atau P2P lebih cenderung untuk memiliki koleksi imej lucah kanak-kanak kecil dan berunsur ganas. Dalam kalangan pengguna P2P yang ditahan pada tahun 2009, 33 peratus daripada mereka memiliki gambar-gambar lucah kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah dan 42 peratus menyimpan imej-imej yang memaparkan keganasan seksual.

Pornografi kanak-kanak merupakan salah satu industri yang paling cepat berkembang di alam maya, dengan pendapatan mencecah USD3 billion setahun!

Menurut laporan Association of Sites Advocating Child Protection, bahan lucah kanak-kanak biasanya diedarkan bagi mengaut keuntungan. Namun, ada juga yang menawarkan bahan-bahan pornografi ini sama ada secara percuma atau pertukaran sesama penyalahlaku dalam jaringan P2P tersebut.

Rata-rata daripada gambar-gambar lucah ini membabitkan kanak-kanak kecil yang didedahkan dengan keganasan seksual dan fizikal.

Fakta-fakta yang anda perlu tahu mengenai pornografi kanak-kanak:


Semua bentuk kesalahan pornografi kanak-kanak termasuk memiliki bahan-bahan lucah tersebut merupakan suatu yang harus dipandang serius kerana mereka didedahkan dengan bahaya secara berterusan, di samping menjadikan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak sesuatu yang normal dan sah.

Mangsa pornografi kanak-kanak didedahkan dengan bahaya semasa proses penghasilan bahan lucah itu dan sifat pengedaran di Internet yang berterusan juga mendatangkan kemudaratan tambahan yang susah semestinya meninggalkan kesan signifikan kepada mangsa.

Kesalahan pornografi kanak-kanak merupakan jenayah antarabangsa. Bahan-bahan lucah ini diedarkan berulang-ulang kali kepada pesalahlaku di seluruh pelosok dunia. Sebaik sahaja bahan lucah tersebut diedarkan di Internet, ianya mustahil untuk dipadamkan secara total.

Permintaan tinggi terhadap bahan-bahan lucah terkini oleh ‘komuniti’ pencandu pornografi kanak-kanak ini merangsang produksi material baru, seterusnya menjadikan penderaan seksual kanak-kanak berterusan.

Bagi sesetengah pesalahlaku, pornografi kanak-kanak menjadikan mereka cenderung untuk melakukan jenayah seksual lain terhadap golongan bawah umur.

Dalam purata 1 daripada 3 penjenayah pernah melakukan satu atau lebih jenis jenayah seksual sebelum ditahan oleh pihak berkuasa bagi kesalahan yang tidak melibatkan produksi material lucah kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu diberikan perlindungan yang sewajarnya daripada dieksploitasi golongan yang bernafsu jelik ini. Walaupun pedofilia merupakan satu kes yang terpencil di Malaysia, namun langkah-langkah pencegahan perlu diwujudkan agar keselamatan anak-anak kita sentiasa terjamin, di samping melahirkan generasi yang sejahtera akal dan fizikalnya.

0 Komentar untuk "GRAFIK PORNO BAWAH UMUR YANG PALING POPULAR DI INDUSTRI SEKARANG DENGAN NILAI 3 BILION DOLLAR SETAHUN !!!"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info