BEBERAPA hari lalu warga kota Xiangyang, China dikejutkan dengan kejadian seorang perempuan muda cuba bunuh diri dengan cara melompat ke dalam Sungai Han.
Perempuan itu berjaya diselamatkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian, sebelum dibawa ke balai polis untuk diambil laporan tentang punca utama dia bertindak sedemikian.
“Tidak ada siapa yang boleh selamatkan saya. Jika anda semua berasa kasihan terhadap saya, tolong carikan dia,” kata Xiao Yun.
Setelah disiasat, Xiao yang berusia pertengahan 20-an didapati mahu bunuh diri selepas kecewa ditinggalkan seorang lelaki dikenali sebagai Liu yang berusia hampir 70 tahun.
Xiao mengakui bertemu dengan lelaki seusia ayahnya itu di tempat kerja. Walaupun tahu Liu jauh lebih tua, dia tetap mahu menjalin hubungan cinta bersama warga emas tersebut.
Seperti dijangka hubungan mereka menerima tentangan keluarga namun Xiao berkeras mahu meneruskan hubungan tersebut kerana berasa sangat gembira bersama Liu.
Menurut Xiao, Liu berjanji akan berkahwin dengannya tetapi hari demi hari mula menunjukkan perubahan sikap.
Hinggalah pada satu malam, Liu tiba-tiba bertindak menjauhkan dirinya dari Xiao tanpa memberikan kata putus atau alasan yang jelas.
Liu tidak mengubah keputusan untuk terus menghilangkan diri walaupun sudah diugut oleh Xiao bahawa dia akan membunuh diri jika itu berlaku.
Pihak polis kemudiannya membantu Xiao menjejaki kekasihnya itu namun setelah ditemui Liu dilaporkan memberitahu bahawa dia tidak pernah menyukai Xiao tetapi masih setuju untuk bertemu dengannya buat kali terakhir.
0 Komentar untuk "Frust Cinta Ditolak Atuk 70 Tahun, Gadis Cuba Bunuh Diri"