AWAS Kepada yang Sering 'BEROMEN' Dalam Keretapi!


BEIJING : Polis China memberi amaran kepada penumpang supaya tidak bercium dan berasmara dalam kereta api bawah tanah.

Amaran itu dikeluarkan ketika pihak berkuasa memperhebat siasatan terhadap video pasangan muda bercium dalam tren bawah tanah sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Bercium dalam kereta api bawah tanah? Berhati-hati kerana polis mungkin menyiasat anda," akhbar People's Daily menyiarkan amaran itu dalam edisi internet yang turut mempamerkan gambar pasangan muda bercumbu dalam kereta api bawah tanah baru-baru ini di Shenyang di wilayah Liaoning.



Video itu mendapat kecaman orang ramai apabila seorang penduduk yang menyiarkan gambar itu memarahi mereka dengan berkata: "Bolehkan awak menunjukkan adab di khalayak ramai?", Seorang lagi netizen mengutarakan pertanyaan:

"Bagaimana dengan kanak-kanak di sekeliling?" Polis Shenyang memberitahu wartawan pihaknya menyiasat video itu.
0 Komentar untuk "AWAS Kepada yang Sering 'BEROMEN' Dalam Keretapi!"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info