Suspek berusia 20 tahun itu dikesan gemar menyorok dalam tandas wanita dan menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar mangsa tanpa disedari.
Hobi tidak senonoh suspek dipercayai dilakukan sejak setahun lalu terbongkar selepas salah seorang mangsa menyedari tindakan suspek merakam curi gambarnya yang sedang membuang air kecil Khamis lalu.
Sumber berkata, mangsa berusia 20 tahun itu mendakwa menyedari tindakan suspek selepas melihat kelibat telefon pintar milik suspek muncul di atas dinding tandas.
“Suspek kemudian panik dan melarikan diri sejurus mangsa menjerit meminta tolong.
“Mangsa bagaimanapun mengenal pasti identiti ‘kaki skodeng’ itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di letakkan di luar tandas itu,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian ditahan pihak keselamatan kolej beberapa jam selepas laporan dilakukan mangsa.
“Pemeriksaan terhadap telefon pintar milik suspek menemui berpuluh video wanita berada di dalam tandas. Suspek dipercayai menjadikan gambar itu sebagai koleksi peribadinya.
“Suspek mengaku melakukan kegiatan itu dan memberi alasan ketagih melihat wanita berada di dalam tandas,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
“Suspek kini diberi ikat jamin sebelum proses pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.
0 Komentar untuk "'KETAGIH' LIHAT WANITA KENCING"