NEW YORK: Seorang guru sekolah menengah di dakwa menunjukkan gambar payudaranya yang melalui proses sebelum dan selepas pembesaran kepada tiga pelajarnya, di sini, kelmarin.
Polis mengatakan Melissa Kidd, 34, menunjukkan gambar lucah dirinya setelah menjalani pembedahan pembesaran payudara kepada pelajar-pelajarnya berusia antara 16 dan 18 tahun.
Difahamkan, Kidd, yang mengajar di Woodside High School berdekatan Newport News, Virginia berada di dalam bangunan sekolah tersebut semasa dia memanggil beberapa orang pelajarnya dan menunjukkan gambar lucah tersebut yang disimpan di dalam telefon bimbitnya.
Seorang pelajar juga mengatakan bahawa dia melihat lebih daripada itu.
Menurut kenyataan mahkamah: “Seorang mangsa juga ditunjukkan gambar-gambar payudara dan bahagian sulit Kidd.”
Menurut laporan Smoking Gun, polis telah memeriksa telefon bimbit guru tersebut pada April lalu sebelum memfailkan waran pada Mei dan melakukan siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Terdahulu, Woodside High School dilaporkan mula melakukan siasatan terhadap Kidd selepas menerima aduan tetapi siasatan dihentikan selepas guru itu meletak jawatan pada April 17.
0 Komentar untuk "GURU SEKOLAH MENENGAH KONGSI GAMBAR BUAH DADANYA DENGAN PELAJAR"