Reda isu kontroversi pelakon Diana Danielle bercoli, terkini nama pengacara dan personaliti TV popular, Daphne Iking pula menjadi bualan hangat gara-gara sekeping foto menunjukkan dia bersantai dalam keadaan berbikini.
Foto seksi tersebut yang tersebar di laman sosial menunjukkan pengacara Breakfast Show ini sedang duduk berehat di tepi kolam renang.
Sekaligus mendapat pelbagai komen daripada pengikut di laman Instagramnya.
Ada yang mengucap panjang apabila melihat gambar tersebut kerana sebagai seorang muslimah, tidak manis apabila Daphne memuat naik dan berkongsikan gambar sebegitu rupa.
Daphne atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking, 36, melafazkan dua kalimah syahadah pada 8 Januari 2011 yang mana hari itu juga sekali lagi menyarung status sebagai isteri kepada Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Iman Daniella yang kini berusia 3 tahun.
Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan seorang lagi anak perempuan Isobel Daniella, kini berusia 7 tahun.
0 Komentar untuk "GILIRAN DAPHNE IKIN PULA BERAKSI SEPARUH BOGEL BERBIKINI"