Dah Kantoi Di Henjut Lelaki Pakistan Baru Ingat Suami Sedang Sakit


AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan
warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan
merakam video lucah di dalam sebuah rumah.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun
mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa
ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.Berdasarkan pertuduhan,
Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau
yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit
Beruang Utama Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem
2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima
tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta
mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan
terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan
memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja.
Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang
mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah
diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin
serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
0 Komentar untuk "Dah Kantoi Di Henjut Lelaki Pakistan Baru Ingat Suami Sedang Sakit"

loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2014 Berita Panazzz - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info