Bapa Dedah Kisah Cinta Zizan Razak Dan Nor Edura Diyana | Pelawak terkenal, Zizan Razak sememangnya menjadi topik hangat selepas mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang dengan seorang gadis dari Kuala Terengganu iaitu Nor Edura Diyana baru-baru ini.
Bapa kepada Zizan Razak, Ab. Razak Husain mengesahkan teraju filem Cicakman 3 itu pernah meluahkan hasrat untuk memperisterikan gadis tersebut dan telah berjumpa sebanyak tiga kali di bandar Kuala Terengganu sekitar hujung tahun lalu.
“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja. Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak Husain.
Bapanya menafikan semua tohmahan yang menyatakan Zizan Razak dan gadis itu sudah pun bertunang apatah lagi berkahwin senyap-senyap baru baru ini.
0 Komentar untuk "Bapa Dedah Kisah Cinta Zizan Razak Dan Nor Edura Diyana"