Rasanya mesti korang dah tahu apa itu gula-gula getah dan tak perlulah nak diterangkan tapi ada satu artikel yang mengatakan mengunyah gula-gula getah ni sebenarnya meningkatkan kepintaran. Kalau di baca teliti pada kajian-kajian tersebut, ternyata hasil kajian mereka mungkin ada betulnya. Menurut sumber, dengan mengunyah gula-gula getah :
Meningkatkan prestasi mental
Dilaporkan pelajar yang mengunyah gula-gula getah 5 minit sebelum diuji mampu mengatasi pelajar yang tidak mengunyah gula-gula getah. Kajian ini telah dijalankan dan dilaporkan di dalam jurnal Appetite.
Matematik dan gula getah tak patut dipisah
Pengkaji melaporkan markah matematik meningkat sebanyak 3% bagi mereka yang mengunyah gula getah semasa mengambil ujian matematik atau semasa melakukan kerja rumah matematik.
Menyegarkan memori
Menurut satu review dari British, pergerakan mengunyah gula getah meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otak. Logiknya di sini, salah satu fungsi darah adalah sebagai pengangkutan oksigen ke seluruh badan dan ada fakta mengatakan, otak akan mengalami kerosakan teruk jika tidak dapat bekalan oksigen selama 5-10 minit.
Kurang tekanan untuk hidup ceria
Menurut sumber, terdapat sejenis hormon tekanan (cortisol) yang menjadi kayu ukur aras kepekaan manusia. Dalam kajian, mereka mengkaji berdasarkan mood sukarelawan sebelum dan selepas ujikaji.
0 Komentar untuk "4 Sebab Kenapa Gula Getah Baik Untuk Pelajar"